SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA PEMBACA..

Geng Karas!!

Selasa, 20 Mac 2012

Susahlah kau ni

Ini just luahan hati. Tiada kaitan mahu sindir siapa-siapa. SAYA PALING TIDAK SUKA BERKAWAN DENGAN ORANG YANG TALAM DUA MUKA! Bila di depan, semuanya baik saja.. Tapi bila di belakang, bukan main lagi kau umpat-umpat saya, kutuk-kutuk saya, buruk-burukkan saya.. 

Kalau ada yang kau tidak puas hati, jumpa depan-depan. Saya betul-betul kecewa dengan sikap kau. Kalau saya berkawan dengan orang, saya tak cakap 'kawan' tu di mulut saja.. saya simpan dalam hati.. kalau berkawan, berkawan la betul-betul. 

p/s: susahlah kau ni..

Selasa, 6 Mac 2012

Ujian Personaliti


Hello semua. Apa khabar? 
Hari ini saya mahu share sikit pasal Ujian Personaliti yang opsyen kami buat di kelas tadi. 

Senang saja. Kami just jawab YA atau TIDAK bagi 160 soalan yang telah disediakan oleh pakar kaunseling kami, Encik Bungkias. 

Pening-pening lalat juga la menjawab soalannya tu. Hehe. Jadi last-last ini la yang saya dapat setelah dikira.. 

Saya sudah jawab ini soalan-soalan dengan jujur. Encik Bungkias cakap.. julat yang normal dalam lingkungan 40-80. 


P/S: Sorry gambar tidak jelas sebab guna hp murah-murah hehe. 

Bagaimana pula dengan anda?


Sabtu, 3 Mac 2012

It's all about sport and BIG!!

Selamat petang saya ucapkan kepada semua pembaca. Selesai sudah sukan dan BIG kami. Punya syok.. Lega dapat selesaikan ni kerja. 


Hadiah utk Perdana

Utk sukan baru-baru ini, syukur pada Tuhan saya dapat capai dua emas.. tapi yang saya target 100m dan Lompat Jauh. Tak sangka masih ada peluang menang 200m. Ini adalah antara kenangan manis saya di IPG. 


Ni time Sukan Tara. Tak tahu la gaya apa ni.. lompat saja.. haha 
Lompat Tinggi (/) 80m (/) Lontar Peluru (/)



Adooii ni muka paling bida. Haha Time starting 100m at Stadium Likas. Catatan 11.67s. Kalau dulu form 5.. 11.39s. Turunn..



Ni acara ketiga saya.. Lompat jauh.. Terpaksa lompat kaki ayam sebab spike rosak. Dapat lompat 5.17m ja.. Sangat2 penattttt.. Nda apa la.

BIG kami pula sangat-sangat memenatkan. Tapi enjoy ba. 7 jam yang diperuntukkan dapat kami gunakan semaksimanya! Kami isi tanah dalam polybag, sapu daun, pungut sampah, cuci kasut dll.. semuanya bekerja sambil dengar-dengar muzik lagi. Aisehhh.. BIG macam ni yang saya mahu. Santai tapi besttt.. 


Ni syok.. isi tanah dalam polybag. Semangat ba semua.. dlm masa 20 minit, kami dapat isi 380 bag! wow! 



Ni la antara tempat2 di KK Wetland Centre.. first time pigi ni. Tempatnya sangat tenang. 

Sekarang masa untuk fokus pada PBS dan assignment pula. Tapi sebelum tu.. Jangan lupa malam ni Liverpool vs Arsenal. Harap2 Arsenal menang. Hehehe..